Resepi Pasta Spiral Goreng Lada Hitam

Bahan-Bahan:
1 peket pasta spiral
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam (Ditumbuk halus)
kiub perasa daging/ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak/zaitun
Daun bawang atau daun sup secukupnya
Cara Memasak:
1. Rebus pasta sampai empuk kemudian tokan. Kupas bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi.
3. Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.
4. Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis.
5. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api. Hidangkan.

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan-Bahan: (5-6 Hidangan)
500g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Cara Memasak:
1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Simpan air rebusan seafood ini.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3. Masukkan serbuk oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan seafood yang telah direbus tadi. Kacau hingga sekata.
5. Siap untuk dihidangkan.



Resepi Pizza Sayuran

Bahan-Bahan ( 2 biji ):
*200g tepung roti
*1/2 sudu besar gula
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar minyak zaitun
130ml air
Topping –
Bawang besar
Bawang putih
Tomato puri
Tomato
Cendawan – shitake, butang
Lada benggala
Lada merah
Keju: mozarella, parmesan, cheddar
Mixed spices ( pilihan dan boleh cari di pasaraya )

Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.
2. Masukkan pula minyak zaitun dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
3. Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
4. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.
5. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.



Resepi Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

Bahan-Bahan:
4 keping roti gardenia
3 ulas bawang putih
4 sudu besar buttercup
sedikit hirisan daun parsley
sedikit serbuk lada hitam
Cara Memasak:

1. Masukkan bawang putih dalam aluminium foil dan bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
2. Setelah dibakar,ketuk dan cincang bawang putih dan masukkan ke dalam butter.
3. Cairkan butter dalam oven dan setelah cair, masukkan hirisan daun parsley,lada sulah dan kacau rata.
4. Sapukan pada roti dan bakar selama 10 minit.
5. Sedia dihidang bersama sup cendawan.
Resepi Grill Chicken Chop

Bahan-Bahan:
Bahan Untuk Grill Chicken –
4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1cm halia – tumbuk kasar
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil
Bahan Untuk Mashed Potato –
3 biji kentang besar
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Serbuk Lada hitam kasar
Bahan Untuk Coleslow –
3/4 kobis putih – dihiris halus
1/2 kobis merah/purple – dihiris halus
1 lobak merah – dihiris halus
1 bawang merah – dimayang halus
1 sudu makan gula
1 botol mayonis coleslow brand lady’s choice
Jus perahan 1/2 biji lemon
Bahan Untuk Sos –
1 biji bawang besar holland – dicincang halus
4 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis – untuk gelapkan sos
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
air yang mencukupi
Sedikit oregano kering
2 sudu besar mentega
Cara Memasak:
Cara Menyediakan Grill Chicken –
1. Bersihkan ayam dan lap hingga kering.
3. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
4. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.
5. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
6. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.
7. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
8. Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.
9. Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.


Resepi Spageti Seafood

Bahan-Bahan:
1 paket pasta spageti
1 paket isi ketam di potong ketul2 kecil
1 paket kekapis di potong ketul kecil
3 sudu besar minyak zaitun
3 batang lobak merah dipotong dadu2 kecil
1/4 sudu teh serbuk ‘oregano’
1/2 sudu besar lada hitam
2/3 sudu besar cili kisar
3 tangkai daun sup di potong kecil
3 helai daun ‘Bay’ leave
6 ulas bawang putih di cincang dadu2 kecil
2 biji bawang besar di potong dadu2 kecil
15 biji tomato cherri di potong kecil2
1 tin tomato puree (siz sederhana) 400ml
4 cawan stok udang / ayam / sayur / air
700 gm udang segar di buangkan kulit, biarkan kulit di ekor (kepala dan kuit udang di rebus untuk dapatkan stok udang)
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak zaitun di kuali/periuk, masukkan bawang besar, cili kisar dan bawang putih. Tutup api dan gaulkan bersama sos nya.
2. Bila ia mula lembut, masukkan lobak merah, daun ‘Bay’ serbuk rempah oregano, stok udang dan tomato puree.

3. Gaulkan rata2. Bila ia mula mendidih, masukkan tomato buah, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan isi ketam, dan kekapis. Gaulkan supaya sebati.
5. Sesudah sosnya mendidih masukkan udang yang sudah dibuang kulit nya.
6. Tutup periuk/kualinya udang akan masak dengan kepanasan kuah nya.
7. Di periuk lain, sediakan air masak, biarkan ia mendidih, letakan secukup garam dan letakan pasta spaghetti.
8. Rebus hingga ia masak 3/4 suku masak.

9. Sajikan spaghetti bersama sos nya dan taburkan dengan daun sup.





No comments:

Post a Comment